25 February 2011

Terakhir kali.

Untuk pengetahuan semuaaa. Hari ni hari terakhir saya di SMK Taman Daya yang meninggalkan banyak memori kepada saya. Sejak saya Tingkatan satu, saya masih ingat saat saya melangkah masuk di SMKTD buat pertama kalinya semasa hari pendaftaran. Saya ajak ibu teman sebab saya malu. Malu dengan suasana sekolah yang baru dan ramai senior. Sehinggalah hari ini, saya melangkah keluar tanpa rakan-rakan yang saya masuk bersama-sama dulu. Semua dah pergi dulu lah katakan. Saya tinggalkan jawatan saya sebagai seorang pengawas yang sudah berbakti selama 4 tahun. Campur sekolah rendah, dah 9 tahun saya jadi pengawas. Ya, umur budak darjah 3. Saya juga tinggalkan pertandingan Tilawah Al-Quran yang sudah saya sertai sejak Tingkatan 2.


Dan, yang paling sedih, saya terpaksa tinggalkan perwakilan saya dalam Majlis Pemimpin Muda Johor yang sudah lama saya idam-idam untuk sertai. Saya masih ingat, masa pertama kali saya dengar tentang program ini tahun lepas, saya sangat teruja. Tak pernah terlintas di fikiran pun yang saya akan terpilih. Setelah dipilih pada tahun ini, saya sangat berbangga dan bersyukur dan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang sehinggalah saya membuat keputusan untuk menerima tawaran ke SM Sains Muar.


Pada saat itu, saya sangat sayang untuk melepaskan kedua-dua peluang ini. Samada menetap di SMK Taman Daya dan meneruskan penyertaan dalam Majlis Pemimpin Muda Johor, atau berhijrah ke SM Sains Muar. Saya ingat lagi, seorang guru pernah berpesan kepada saya dan rakan-rakan sekelas ; 'Orang yang cemerlang adalah orang yang tidak melepaskan peluang yang ada.' Tetapi saya tersekat antara dua peluang. Dua-dua saya nak! Amboi takkan nak tamak-tamak kan. Jadi, saya memilih untuk ke SM Sains Muar untuk mempelajari sesuatu yang lebih baru sekaligus mengutip segala kepakaran yang ada di sebuah sekolah menengah sains. Ustaz saya juga pernah berpesan ; 'Hijrah merupakan sesuatu yang baik dalam Islam.'


Dan, hari ini saya secara rasminya menerima surat berhenti sekolah. Memeluk guru-guru tercinta, rakan-rakan tersayang yang memang sememang-memangnya tidak dapat dicari ganti. Berpura-pura tak sedih, tahan air mata, mintak signature kawan-kawan, and group hug. Saya sangat sayang akan classmate saya yang sekarang ni. Mereka ialah, Jayne-Li, Eqha, Farah, Nicole dan Najwa merangkap chemistry group saya. I love them okay. Saya ingat lagi, masa saya menangis kerana akan ditinggalkan Shazreen & Ain, saya pinjam bahu mereka. Terima kasih sahabatku tersayang... :)



Sayang seribu kali sayang, saya tak berkesempatan nak bergambar dgn mereka. Sedihnyee. Haa saat macam ni lah kite nak kembali pada masa lalu kan? Walaupun baru je berlalu.... Rindunya pada mereka dah terasa dah ni.



Dan, yang paling sedih saya terpaksa meninggalkan Fairy Godmother saya. Dah lama saya nak cerita tentang dia di blog ini cuma masih kurang berkesempatan. Saya sangat sayang sama dia!! Kerana dia jugalah yang menceriakan saya dan membuatkan hidup saya ada hala tujuan sejak saya kehilangan rakan-rakan saya. Namanya Kak sa'adah!! Hehe saje je nak bagitahu nama yang saya tiap-tiap hari panggil dia. Saya sangat beruntung dan berterima kasih kepada Allah S.W.T. kerana beri saya kesempatan untuk mengenali Kak Sa'adah! Dia macam bidadari tau untung siapa yang dapat dia tuu phewwittt. Hehehe. Awak yang empunya dia tu tolong jaga Kak Odd baik-baik tau. Jangan jangan jangan jangan jangan jangan jangan buat dia menangis! Kalau tak? (~.^) I ♥ You Kak Sa'adah!~



I ♥ Teachers! Tak boleh nak list nama guru kesayangan satu-satu, kerana saya nak SEMUA .Saya sangat menyayangi guru-guru saya dan TDs, sekolah saya. Adakah saya seorang yang lupa daratan? Oh noooooo, saya harap tidak. Saya tak akan pernah lupakan TDs. Sekolah yang banyak membantu saya menjadi seorang pelajar yang sempurna alhamdulillah :)




A letter from Kak Sa'adah. Nanti next entry saya upload tentang kad ni ye. Hehe. I love you kakak odd! Mmmuahhh! :) Terima kasih! Sangat terharu tauuuu.!

2 feedbacks:

odd(; said...

sygg uwaa akak sygg awak sgt sgt lah :) jaga diri taw sygg. amat terharu lah <3

Cik Zaty said...

Congrats :)