21 November 2011

Santapan Rohani.

Assalamualaikum my dear readers! Apa khabar semuanya? Saya alhamdulillah sihat-sihat sahaja. Dah 10 hari saya bercuti di rumah. Tapi satu entry pun tak update kan? Sebenarnya dah lama nak update tapi keberatan jari jemari ku ini untuk memulakan penulisan. Tapi hari ini kiterr nak share sesuatu.. Istimewa daripda Allah S.W.T untuk kita semua sebagai hambaNya....





Surah Yunus, ayat 11~12 :

-------------------------------------------------------
"Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pasti diakhiri umur mereka.Namun Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bingung di dalam kesesatan mereka.(11)"

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdo'a kepada kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.(12)"


-------------------------------------------------------




Ayat Al-Quran di atas menjelaskan kepada kita betapa lalainya manusia dalam mengingati Allah S.W.T. Bila saya sendiri baca ayat ni sendiri, saya tersentap sangat ops makan cili terasa pedas sendiri ya?


Sebab kebanyakan kita sekarang alpa dan cepat lupa, contohnya kes saya sebagai pelajar sendiri, apabila contohnya saya berdoa agar diberi ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan dan pada ketika itu saya betul-betul berada dalam keadaan memerlukan pertolongan Allah sahaja.


Namun apabilaaa diri ini dikurniakan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan seperti yang saya minta tadi, saya terus lupa. Lalai dalam kehidupan, lupakan akhirat. Sedarkah diri ini, "Adakah engkau akan berjaya melewati titian sirat kelak? Adakah engkau akan peroleh syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w?"





Sememangnya Al-Quran itu sebaik-baik petunjuk, peringatan dan HIDAYAH daripada Allah S.W.T. Macam sms........ :)


0 feedbacks: