Perempuan A dan perempuan B sedang berbual. Mereka sahabat baik. Perempuan A bertudung, perempuan B tak bertudung. Cerita ringkas je ni.
A : Hei B, jom pergi beli karipap kat sane.
B : Okey jom, aku pun nak beli karipap 3 singgit tu.
Bla..Bla..Bla...
A : B, kau tak teringin ke nak pakai tudung?
B : Haha entah, tak sampai seru lagi. <------------- (ini jawapan yang paling common).
A : Tak payah tunggu seru sayang, ibadat kita tak diterima kalau tak pakai tudung.
B : Ala, kau ingat mulia sangat ke orang pakai tudung ni? Harap je pakai tudung tapi yang pakai tudung tu lah yang buang anak merata-rata. <----------- (ini juga jawapan biasa)
A : Hm, tak semua yang macam tu. InsyaAllah, kalau nawaitu ikhlas kerana Allah, mintalah perlindungan agar dijauhkan perkara-perkara maksiat macam tu. Aurat wanita ni meningkatkan nafsu lelaki. Payah mereka nak mengawalnya. Lagipun, seutas rambut yang kelihatan, wanita itu akan diseksa di neraka 60 tahun setiap utas. Setahun di dunia bersamaaan 1000 tahun di akhirat. Rambut dekat kepala ni tak terkira banyaknya. Astaghfirullahal'azim. Memang pengadilan Allah berbeza, kita tak tahu apa yang Allah hakimi, tetapi sebagai umat Islam, alangkah indahnya jika kita mengikut suruhan Rasulullah SAW seperti yang termaktub dalam Al-Quran. MasyaAllah dekatnya kita dengan Dia.
B : Panjangnya bebel...Hehehehe... (ketawa sinis) =="
A : Aku tak bebel B, sekadar mengingatkan :)
B : Eh A, kau ingat kau tu bagus sangat ke? Memanglah kau tu pakai tudung. Tapi tengoklah kau tu, pakai tudung pun, dada tak bertutup sepenuhnya. Same je macam tak pakai tudung. Nampak jugak.
A : Aku sedar B,aku pun baru pakai tudung, iman aku belum cukup kuat sepenuhnya.
B : Tu lah, kau ni bukan SEMPURNA sangat! Dah tahu baru belajar pakai tudung, lagi nak bebel-bebel dekat orang. Kau, kalau nak 'berdakwah' dengan orang sedarlah diri tu sikit. Cermin dulu... <--------(haa, ni kan yang selalu orang cakap)
A : B, aku ada terbaca hadis Rasulullah SAW, kalau nak tunggu orang yang sempurna untuk mengingatkan kita, maka takkan ada oranglah yang mengingatkan kita. Kerana tiada apa yang sempurna dalam dunia ini melainkan Allah SWT.
B : .........
END.
Kesimpulannya, tak perlu melihat kesempurnaan seseorang itu sangat jika kita hendak terima kebaikan ya.. Tak perlu lihat apa yang orang tu ada, tapi lihat dan teliti apa yang dia perkatakan. Ambil kebaikan drpd situ.
Hari itu..kite dengar Prof. Dr. Muhaya cakap (omg she's my favouriteeee!!) okey dia cakap, kalau kita tunduk, tengok dada kita, kita tak akan sibuk mencari kesalahan orang lain, malahan kita akan sibuk memandang keburukan diri kita lantas membaikinya. Tak perlu sibuk-sibuk mencari kelemahan orang lain.. Jom transformasi diri kita.. Wallahualam.. :) ♥
0 feedbacks:
Post a Comment